awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir kembali bertugas selepas pulih rawatan

Bernama
Bernama
25/03/2026
09:07 MYT
Tun Mahathir kembali bertugas selepas pulih rawatan
Kepulangan Dr Mahathir ke pejabat menyusuli siri rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lalu akibat kecederaan tulang pinggul yang dialaminya. -Foto Instagram
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali memulakan tugas di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di Putrajaya, hari ini, selepas menjalani tempoh pemulihan kesihatan yang panjang sejak awal tahun ini.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di akaun Instagram rasmi beliau, kepulangan negarawan berusia 100 tahun itu disambut dengan penuh penghormatan dan suasana ceria oleh kakitangan yayasan.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)
Beliau yang mengenakan 'bush jacket' kelabu, dilihat melangkah masuk ke lobi bangunan sambil melemparkan senyuman kepada petugas yang setia menanti kehadirannya.
"Selagi boleh..." tulis Dr Mahathir ringkas di ruangan komen, menggambarkan azam dan semangat kental beliau untuk tetap aktif menyumbang kepada negara meskipun sudah mencecah usia seabad.
Kepulangan Dr Mahathir ke pejabat ini menyusuli siri rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lalu akibat kecederaan tulang pinggul yang dialaminya.
Beliau dilaporkan telah menjalani prosedur pembedahan serta fasa fisioterapi yang rapi sebelum dibenarkan keluar dari hospital bagi meneruskan pemulihan di rumah pada pertengahan Mac.
Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kecekalan beliau.
Pengguna Instagram @bena1i menyifatkan semangat Dr Mahathir sebagai pembakar semangat untuk bekerja keras demi mencapai kejayaan, manakala @n_shidao803 pula menyifatkan beliau sebagai sosok inspirasi dan berharap berpeluang mendapatkan nasihat daripada tokoh tersebut secara bersemuka suatu hari nanti.
Kehadiran semula Dr Mahathir di YKP bukan sahaja menarik perhatian warga maya tetapi juga mencerminkan komitmen berterusan beliau terhadap pembangunan landskap kepimpinan Malaysia menerusi pendokumentasian sejarah dan pemikiran tokoh negara untuk rujukan generasi masa hadapan.
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#Yayasan Kepimpinan Perdana
#Pemulihan Kesihatan
#IJN
#kepimpinan Malaysia
#negarawan
#Putrajaya
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan