awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah

Bernama
Bernama
29/03/2026
02:21 MYT
Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah
Peserta membawa sepanduk bertulis "Kebebasan untuk Palestin," "Hentikan Pengeboman Iran," dan "Berhenti Membekalkan Senjata Kepada Israel," sambil bersuara menentang Islamofobia. - Foto REUTERS
Beberapa perhimpunan pro-Palestin diadakan di seluruh Eropah pada Sabtu, menarik penyertaan ramai, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Lebih setengah juta orang” berarak untuk Palestin dan menentang sayap kanan di London, menurut Palestine Solidarity Campaign pada X.
Disertai kumpulan termasuk Kempen untuk Pelucutan Senjata Nuklear dan Gabungan Hentikan Perang, penunjuk perasaan juga mengutuk serangan Israel ke atas Lubnan dan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.
Peserta membawa sepanduk bertulis "Kebebasan untuk Palestin," "Hentikan Pengeboman Iran," dan "Berhenti Membekalkan Senjata Kepada Israel," sambil bersuara menentang Islamofobia.
Sementara itu, perhimpunan diadakan di beberapa wilayah di Perancis selepas seruan oleh sekitar 90 organisasi.
“Di setiap wilayah Perancis kami berdemonstrasi untuk: penentuan nasib sendiri rakyat Palestin dan hak pulang untuk pelarian Palestin; penghentian pendudukan, penjajahan dan apartheid; sekatan terhadap Israel; gencatan senjata kekal; dan pengakhiran pembunuhan beramai-ramai,” menurut Persatuan Solidariti Perancis Palestin pada X.
Menurut kumpulan itu ribuan aktivis berkumpul di Paris manakala hampir 1,000 orang turut berdemonstrasi di Angers, di barat Perancis, menurut akhbar Ouest-France.
Di ibu negara Sweden, Stockholm, sekumpulan penunjuk perasaan turut berkumpul, menyeru ke arah Palestin yang merdeka dan menggesa pembunuhan beramai-ramai Israel dihentikan.
Di Vienna, Platform Solidariti Palestine Austria menggesa demonstrasi "untuk menghentikan pencerobohan Zionis dan AS" susulan serangan AS-Israel ke atas Iran.
Ratusan orang juga berkumpul di The Hague, Belanda, untuk membantah perang di Iran.
Dianjurkan oleh Pergerakan Keamanan Baru, demonstrasi itu menyeru kerajaan Belanda untuk menyumbang kepada meredakan ketegangan serta menekan Israel dan AS supaya segera menghentikan serangan mereka, menurut NL Times.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#pro-Palestin
#solidariti
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan