awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Zahrah nama puteri kedua TMJ, Che' Puan Khaleeda

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
22/04/2021
14:15 MYT
Tunku Zahrah nama puteri kedua TMJ, Che' Puan Khaleeda
Berita gembira itu dikongsi melalui satu perkongsian gambar sekeping surat di laman Instagram Che' Puan Khaleeda pada Khamis. - Gambar/ IG @ymchepuankhaleeda
JOHOR BAHRU: Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Rabu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Berita gembira itu dikongsi melalui satu perkongsian gambar sekeping surat di laman Instagram Che' Puan Khaleeda pada Khamis.
"Menjunjung titah, Jumaah Majlis DiRaja Johor sukacita mengumumkan dengan izin Allah S.W.T. bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut
"Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail," kata Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, dalam surat berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by YAM Che' Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)
Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014 dan telah dikurniakan tiga lagi anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#TMJ
#Tunku Mahkota Johor
#Che' Puan Khaleeda
#selamat melahirkan
#Puteri
#Tunku Zahrah
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan