awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu: ADUN Terengganu ditahan reman

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2019
05:04 MYT
Tuntutan palsu: ADUN Terengganu ditahan reman
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu bergelar Datuk (dua, kiri) berusia 54 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. - Foto Bernama
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif bermula Isnin.
Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 kepada sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program.
Bagaimanapun program itu dipercayai tidak dilaksanakan.
Perbuatan itu dilakukan sekitar Mei pada tahun lalu.
Terdahulu, suspek ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Terengganu kira-kira jam 5 petang Ahad.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi sebuah majlis belia berusia 38 tahun turut ditahan pada minggu lalu bagi membantu siasatan kes sama.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Mahkamah Majistret
#SPRM
#suspek
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan