awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara

Bernama
Bernama
24/11/2021
21:30 MYT
Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara
Azmin berkata pembukaan pejabat kejuruteraan dan reka bentuk Turkish Aerospace yang pertama di Malaysia adalah tepat pada masanya. - Foto MIDA
KUALA LUMPUR: Turkish Aerospace Industries (TAI) membuka pejabat kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Cyberjaya untuk menjalankan kajian bersama dalam pelbagai bidang termasuk pesawat tanpa pemandu, jurulatih jet, projek helikopter dan program pemodenan untuk ekosistem penerbangan global.
TAI dan industri aeroangkasa Malaysia terlibat dalam banyak program bersama terutamanya dalam pembangunan pesawat Airbus.
"Pembukaan pejabat kejuruteraan dan reka bentuk Turkish Aerospace yang pertama di Malaysia adalah tepat pada masanya untuk kita meninjau bagaimana kita boleh menjalankan usaha sama kepakaran bersama bagi mendapatkan aliran kerja yang memanfaatkan industri aeroangkasa Turki dan Malaysia," kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis pembukaan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman berkata kehadiran Turkish Aerospace di negara ini akan mempertingkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia yang mempunyai saranan nilai bersesuaian untuk syarikat itu mengembangkan kehadirannya di ASEAN dan di luarnya, terutamanya dalam sektor pembuatan dan bernilai tinggi.
"Kos yang kompetitif untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tentunya akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan kepakaran tempatan dan status pengiktirafan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkish Aerospace Industries
#ASEAN
#penerbangan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan