awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan

Agensi
Agensi
28/07/2024
23:00 MYT
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh, walaupun beliau tidak menyatakan jenis campur tangan yang dicadangkan.
Presiden Turkiye itu menjadi pengkritik sengit perang Israel ke atas Gaza mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap memuji industri pertahanan negaranya.
“Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin.
“Sama seperti kami memasuki Karabakh, sama seperti kami memasuki Libya, kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka,” kata Erdogan pada mesyuarat Parti AK yang memerintah di kampung halamannya di Rize.
"Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini... kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah ini," tambah Erdogan dalam pertemuan itu, yang disiarkan di televisyen.
Pada 2020, Turkiye menghantar anggota tenteranya ke Libya untuk menyokong Kerajaan Persetujuan Nasional Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah yang mengetuai Kerajaan Perpaduan Nasional di Tripoli disokong oleh Turkiye.
Turkiye telah menafikan sebarang peranannya secara langsung dalam operasi ketenteraan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh, tetapi pada tahun lalu berkata, negara itu menggunakan "semua cara" termasuk latihan ketenteraan dan pemodenan untuk menyokong sekutu rapatnya. - Al Jazeera
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan