awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U2 kembali selepas 10 tahun dengan EP baharu 'Days of Ash' kritik ICE, Putin

Reuters
Reuters
19/02/2026
08:17 MYT
U2 kembali selepas 10 tahun dengan EP baharu 'Days of Ash' kritik ICE, Putin
U2 menyifatkan EP itu sebagai respons segera terhadap situasi semasa, diinspirasikan oleh keberanian individu di barisan hadapan konflik dan perjuangan kebebasan. -Foto U2.com
Kumpulan rock legenda Ireland, U2, melancarkan koleksi lagu baharu pertama mereka selepas hampir 10 tahun menerusi EP bertajuk "Days of Ash", yang sarat dengan kritikan sosial dan geopolitik termasuk terhadap operasi Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) serta Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Dalam kenyataan di laman web rasmi mereka, U2 menyifatkan EP itu sebagai respons segera terhadap situasi semasa, diinspirasikan oleh keberanian individu di barisan hadapan konflik dan perjuangan kebebasan.
Vokalis utama, Bono, berkata karya baharu itu merupakan lagu-lagu penentangan dan rasa tidak puas hati yang tidak sabar untuk berada di dunia ketika zaman semakin mencabar.
Antara lagu utama ialah "American Obituary", yang memberi penghormatan kepada Renee Good, seorang wanita Amerika yang maut ditembak pegawai persekutuan ketika protes operasi ICE pada Januari lalu.
Bono menyanyikan bait “Renee Good born to die free” sebagai seruan menentang keganasan negara terhadap rakyat.
EP ini turut membawa mesej politik antarabangsa. Lagu "Yours Eternally" menampilkan kolaborasi bersama Ed Sheeran dan pemuzik Ukraine Taras Topolia, yang kini berkhidmat sebagai anggota tentera.
Dalam temu bual bersama majalah Propaganda, Bono memberi amaran bahawa Putin tidak akan berhenti di Ukraine, sambil menyeru dunia memahami skala ancaman tersebut.
Turut dimuatkan ialah "Song of the Future", yang menghormati seorang remaja perempuan maut ketika protes di Iran pada 2022, dan "One Life at a Time", yang mengkritik kegiatan penjarah Israel di Tebing Barat yang terus mencetuskan ketegangan serantau.
U2, yang terkenal dengan aktivisme kemanusiaan sejak era 1980-an, mengesahkan bahawa EP ini adalah pendahulu kepada album penuh baharu yang dijadualkan keluar hujung tahun ini.
Kumpulan itu berkata karya susulan akan mengangkat tema kegembiraan dan harapan, sebagai pelengkap kepada nada penentangan dalam Days of Ash.
Topic Berkaitan
#U2
#Bono
#Days of Ash
#American Obituary
#Ed Sheeran
#Taras Topolia
#EP baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan