awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2022
02:10 MYT
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Empat produk sirap ubat batuk dan selesema keluaran syarikat farmaseutikal India yang didakwa menyebabkan 66 kanak-kanak maut selepas pengambilannya, tidak didaftarkan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap pangkalan data bagi promethazine oral solution, kofexmalin baby cough syrup, makoff baby cough syrup dan magrip N cold syrup.
"KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat produk tersebut selepas ia dikaitkan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia, India.
BACA: Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat-ubatan yang tercemar itu mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan 'kemungkinan wujud pendedahan global'. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ubat batuk
#Noor Hisham Abdullah
#selesema
#NPRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan