awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uber AS kongsi 12 juta data pengguna bersama agensi penguatkuasaan

Syafique Shuib
Syafique Shuib
13/04/2016
07:56 MYT
Uber AS kongsi 12 juta data pengguna bersama agensi penguatkuasaan
Uber menerbitkan laporan ketelusan dimana ia memberi sebanyak 12 juta data pengguna kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di AS.
Uber Technologies pada Selasa mendedahkan bahawa ia memberi sebanyak 12 juta data pengguna kepada agensi-agensi penguatkuasaan dan pengawal selia undang-undang di Amerika Syarikat.
Lapor Reuters, perkara ini didedahkan di dalam laporan ketelusan Uber antara Julai dan Disember 2015.
"Seperti syarikat-syarikat lain, kami menerima permintaan daripada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mendapatkan maklumat mengenai penumpang dan pemandu untuk siasatan jenayah atau kecemasan yang lain," kata Uber dalam laporan mereka.
Dari angka itu, 11.6 juta melibatkan penumpang, manakala 583,000 melibatkan para pemandu.
Antara data yang diminta adalah beberapa maklumat seperti seperti lokasi, tambang, kenderaan dan pemandu.
Selain itu, data turut diminta atas kes penipuan kredit kad.
Walau bagaimanapun, Uber tidak mendedahkan statistik yang sama yang diminta oleh negara luar dari AS.
Topic Berkaitan
#data pengguna
#laporan ketelusan
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan