awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
Indonesia terima jenazah anggota pengaman yang terkorban di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uganda perkenal semula badak sumbu ke Lembah Kidepo selepas 40 tahun

Bernama
Bernama
18/03/2026
12:49 MYT
Uganda perkenal semula badak sumbu ke Lembah Kidepo selepas 40 tahun
Dua ekor badak sumbu pertama telah berjaya dipindahkan dari Santuari Badak Sumbu Ziwa di tengah Uganda. - Gambar hiasan
Uganda melancarkan fasa pertama pemindahan badak sumbu putih selatan ke Taman Negara Lembah Kidepo di timur laut negara itu pada Selasa, menandakan kepulangan spesies berkenaan selepas lebih 40 tahun lenyap dari kawasan berkenaan, lapor Xinhua.
Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) dalam satu kenyataan berkata, dua ekor badak sumbu pertama telah berjaya dipindahkan dari Santuari Badak Sumbu Ziwa di tengah Uganda.
"Pemindahan badak sumbu ini adalah langkah pertama dalam memulihkan spesies yang pernah menjadi sebahagian daripada warisan semula jadi taman ini," kata Pengarah Eksekutif UWA, James Musinguzi.
Beliau berkata lebih banyak badak sumbu akan diperkenalkan bagi membina semula populasi yang mampan dan berkembang maju.
Menurut UWA, populasi badak sumbu di kawasan itu pupus akibat pemburuan haram yang berleluasa dan ketidakstabilan keselamatan pada akhir 1970-an serta awal 1980-an, dengan badak sumbu terakhir di taman itu dibunuh pada 1983 di Lembah Narus.
Langkah pengenalan semula ini adalah sebahagian daripada Strategi Pemuliharaan Badak Sumbu Kebangsaan Uganda untuk memulihkan populasi haiwan itu dalam habitat asal mereka serta memperkukuh usaha pemuliharaan jangka panjang.
Usaha pemulihan badak sumbu di Uganda bermula pada 2005 di Ziwa. Import lapan ekor badak sumbu dari Afrika Selatan baru-baru ini telah membolehkan usaha pemulihan diperluas ke habitat baharu.
Pihak berkuasa menambah bahawa Uganda kini mempunyai sebanyak 61 ekor badak sumbu secara keseluruhan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Uganda
#pemindahan
#badak sumbu putih
#hidupan liar
#lembah kidepo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan