awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2024
11:25 MYT
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai dua individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
"Kita telah merakam keterangan dua saksi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan polis menerima laporan berhubung perkara itu jam 9 malam.
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#ugutan bunuh
#siasatan polis
#identiti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan