awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK mungkin perkenal tarif import besi 50 peratus

Bernama
Bernama
17/03/2026
05:24 MYT
UK mungkin perkenal tarif import besi 50 peratus
Tahun lepas, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pengurangan separuh kuota bagi import keluli dari negara bukan EU dan meningkatkan tarif daripada 25 peratus kepada 50 peratus. - Gambar hiasan
United Kingdom (UK) mungkin memperkenalkan kuota dan duti sebanyak 50 peratus ke atas import keluli, lapor Politico memetik sumber.
Pegawai Britain memberitahu pengeluar dan pengimport keluli yang menggunakan keluli dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan automotif untuk menjangkakan tarif 50 peratus atas kuota baharu, kata penerbitan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setiausaha Negara UK untuk Perniagaan dan Perdagangan Peter Kyle dijangka mengumumkan langkah itu pada Khamis.
Dasar baharu tersebut akan membawa sistem tarif UK sejajar dengan apa yang telah dilakukan oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada, kata sumber penerbitan itu.
Tahun lepas, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pengurangan separuh kuota bagi import keluli dari negara bukan EU dan meningkatkan tarif daripada 25 peratus kepada 50 peratus.
Pada bulan Oktober, Setiausaha Rendah Parlimen di Jabatan Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih Chris McDonald menyatakan UK bersedia untuk melindungi industri kelulinya dan sedang mendapatkan penjelasan daripada EU mengenai rancangan untuk meningkatkan tarif keluli.
Terdahulu, UK Steel, persatuan perdagangan pembuat keluli British, menggelar tarif Eropah sebagai krisis terbesar yang pernah dihadapi oleh industri keluli UK dan menggesa kerajaan menjamin kuota untuk UK.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#UK
#import keluli
#tarif import
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan