awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ulat jenazah' minta suapan urus mayat ditahan SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2022
22:15 MYT
'Ulat jenazah' minta suapan urus mayat ditahan SPRM
SPRM menahan dua pembantu kesihatan yang menjadi 'ulat jenazah' dengan meminta suapan untuk kerja-kerja pengurusan mayat. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Tindakan dua pembantu kesihatan menjadi 'ulat jenazah' dan meminta suapan kira-kira RM15,000 untuk kerja-kerja pengurusan mayat memakan diri selepas mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.
Menurut sumber, kedua-dua suspek berkenaan ditahan pada jam 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.
"Dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 40 dan 42 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 4.45 petang. Mereka berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor.
"Mereka dipercayai meminta suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021," kata sumber tersebut pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tambahnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ulat jenazah
#SPRM
#pembantu kesihatan
#Alias Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan