awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason

Astro AWANI
Astro AWANI
12/02/2026
00:55 MYT
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah kanan universiti yang dikaitkan sebagai pengikut Freemason. - Gambar fail
Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah kanan universiti yang dikaitkan sebagai pengikut Freemason.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, UM memaklumkan, sedang mendapatkan gambaran menyeluruh dengan meneliti setiap aspek dakwaan berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, UM menasihatkan orang ramai agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan mengelakkan sebarang bentuk spekulasi atau penyebaran maklumat tidak disahkan yang boleh menjejaskan integriti siasatan serta privasi pihak terlibat.
Universiti itu menegaskan komitmen untuk menangani setiap isu secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip tadbir urus yang baik.
Topic Berkaitan
#Universiti Malaya
#UM
#pensyarah
#Freemason
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan