awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam dinasihat berhati-hati untuk menderma, elak ditipu sindiket

Bernama
Bernama
28/05/2017
10:00 MYT
Umat Islam dinasihat berhati-hati untuk menderma, elak ditipu sindiket
Banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.
Umat Islam di negeri ini harus berhati-hati dalam menderma kepada golongan susah di sepanjang Ramadan ini kerana dibimbangi wang yang diderma 'masuk' ke kantung yang salah, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata memang dalam Islam menggalakkan sedekah tetapi banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.
"Orang ramai perlu lebih berhati-hati memberikan sedekah bagi mengelak ditipu kerana banyak sindiket menggunakan wanita, orang cacat dan kanak-kanak bagi meraih simpati," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Shukri diminta mengulas kehadiran ramai peminta sedekah (sumbangan) terutama dari negara jiran yang 'berkampung' di negeri ini untuk meraih simpati daripada orang ramai khususnya umat Islam pada Ramadan ini.
Beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kepada umat Islam memberi sedekah setiap kali tibanya Ramadan kerana mereka mahu memperolehi pahala bersedekah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#derma
#Islam
#Ramadan
#sedekah
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan