awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam Malaysia tidak digalak terus beri zakat kepada golongan asnaf - Pengerusi PPZ

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
18/11/2015
23:52 MYT
Umat Islam Malaysia tidak digalak terus beri zakat kepada golongan asnaf - Pengerusi PPZ
Kerajaan mengagihkan zakat tersebut berdasakan data Baitumal yang komprehensif mengenai golongan mana yang betul-betul layak memerlukannya. - Gambar fail
Umat Islam di Malaysia digalakkan untuk membayar zakat melalui pusat pungutan zakat kerajaan berbanding bersedekah terus kepada golongan asnaf, kata Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.
Beliau berkata kerajaan akan menyalurkan wang zakat kepada golongan asnaf, dengan agihan yang sama rata.
"Jawatankuaasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006, menyebut pengagihan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya kepada asnaf yang layak.
"Namun perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa," tambah Che Mat dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Zakat Koperasi di Dewan Tulip, D'Saji KL, Taman Tasik Titiwangsa pada Rabu.
Jelasnya, kerajaan mengagihkan zakat tersebut berdasakan data Baitumal yang komprehensif mengenai golongan mana yang betul-betul layak memerlukannya.
"Jika bayar terus, kalau kita nampak orang itu menarik, kita rasa nak bayar kepada dia secara acap kali. Kalau kita nampak lima orang, kita akan bayar terus kepada lima orang tersebut. Jika kita nampak seorang nampak yang petah berbicara atau janda yang comel, kita beri banyak zakat kepada dia.
"Padahal sebenarnya dalam sistem data Baitumal, lebih ramai lagi yang memerlukan zakat ini. Jadi jika bayar terus tanpa melalui pusat pungutan zakat, takut tidak adil pula dari segi pengagihan yang dibuat," tambah Che Mat.
PPZ-MAIWP pada Rabu menerima zakat perniagaan koperasi berjumlah RM1.68 juta daripada zakat perniagaan 14 buah syarikat koperasi bagi tempoh tahun 2014.
Topic Berkaitan
#bayar zakat
#Datuk Che Mat Che Ali.
#MAIWP
#Pusat Pungutan Zakat
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan