awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu kukuhkan permuafakatan, mantapkan jalinan ukhuwah - Tuanku Abdul Halim

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/10/2016
03:29 MYT
Umat Islam perlu kukuhkan permuafakatan, mantapkan jalinan ukhuwah - Tuanku Abdul Halim
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. - Foto BERNAMA
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyarankan umat Islam di negara ini untuk berusaha mengukuhkan permuafakatan dan memantapkan jalinan ukhuwah.
Dalam titah Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438 Hijrah, Tuanku Abdul Halim bertitah, usaha meningkatkan kemajuan ummah tidak akan berjaya jika umat Islam terus bertelagah dan berpecah.
"Ingatlah bahawa segala usaha meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi ummah, memperkasakan urus tadbir hal ehwal Islam serta memartabatkan institusi perundangan dan kehakiman syariah tentunya tidak akan berjaya jika umat Islam terus bertelagah dan berpecah.
"Umat Islam seharusnya memiliki kebijaksanaan untuk mengurus perbezaan yang terjadi dengan cara yang baik," titah baginda.
Jelas baginda, semua pihak perlu memberi keutamaan kepada agenda penyatuan ummah dan menjauhi perbalahan sesama sendiri.
Justeru, baginda mahu semua pihak mengamalkan adab yang tinggi, sentiasa berlapang dada dan bertoleransi, hormat-menghormati serta mengasihi antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
#jalinan ukhwah
#Maal Hijrah
#Tuanku Abdul Halim
#Umat Islam
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan