awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump pertimbang lanjut sekatan, mudahkan penghantaran minyak AS
Trump's ceasefire extension a 'ploy to buy time' for surprise strike, advisor to Iran's top negotiator says
Suami isteri mengaku tidak bersalah jual IPTV haram libat kandungan Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO 80 tahun: Wadah perjuangan tiada henti - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
22/04/2026
02:08 MYT
UMNO 80 tahun: Wadah perjuangan tiada henti - Ahmad Zahid
11 Mei 2026, genap lapan dekad sebuah perjuangan yang tidak pernah terhenti. - Foto Facebook/Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti itu sebagai sebuah wadah perjuangan yang tiada henti menjelang sambutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada 11 Mei ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sejak langkah pertama penubuhannya, UMNO telah membina sebuah perjalanan panjang yang mencorakkan hala tuju negara sejak kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti.
“Tempoh 80 tahun bukan sekadar angka tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Ahmad Zahid berkata UMNO yang diasaskan pada 1946 sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union bagi mempertahankan kedaulatan tanah air, lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa.
“Inilah kisah tentang ketahanan, jatuh dan bangkit serta tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO 80 tahun
#Malayan Union
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan