awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Oscars 2026: Jessie Buckley rangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Hamnet
Oscars 2026: Michael B. Jordan menang pelakon lelaki terbaik menerusi 'Sinners'
Pampasan, jaminan diperlukan untuk tamatkan perang - Menteri Luar Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM

Bernama
Bernama
16/03/2026
01:16 MYT
UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM
UMNO Kelantan membatalkan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri tahun ini sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Anwar membudayakan amalan berjimat cermat, kata Ahmad Jazlan. - Gambar Bernama
UMNO Kelantan membatalkan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri tahun ini sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membudayakan amalan berjimat cermat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, langkah itu sebagai persediaan mendepani sebarang kemungkinan krisis kewangan akibat situasi ekonomi dunia.
“Selain rumah terbuka, majlis berbuka puasa dirancang penghujung Ramadan turut ditangguhkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis moreh Ramadan bersama-sama pengamal media Kelantan, di sini, malam tadi.
Pada 11 Mac, Anwar berkata, semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.
Sementara itu, berhubung ekonomi negeri, Ahmad Jazlan berkata, pertumbuhan ekonomi Kelantan masih pada tahap lemah jika tidak dibantu Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta.
Beliau berkata, keadaan pembangunan di Kelantan turut dibandingkan dengan negeri lain seperti Johor yang lebih maju, Pahang yang merekodkan pendapatan melebihi RM1 bilion dan Melaka yang berdaya maju sebagai negeri pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Kelantan
#rumah terbuka
#batal
#penjimatan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan