awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO perlu perubahan - A Kadir Jasin

Syafique Shuib
Syafique Shuib
20/09/2013
00:00 MYT
UMNO perlu perubahan - A Kadir Jasin
UMNO perlu menampilkan perubahan dari segi dasar, agenda dan juga pemilihan generasi baru di dalam kepimpinan parti untuk kekal relevan terutama sekali dikalangan golongan anak-anak muda.
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) lepas, kumpulan yang paling sukar untuk diyakinkan adalah golongan muda. UMNO perlu ada faktor ‘youthfulness’ kerana parti-parti yang lawan UMNO sudah berubah dan menampilkan muka-muka baru,” kata Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin ketika menjadi tetamu untuk program Analisis AWANI.
Kadir akui bahawa generasi muda mungkin tidak mahu bertanding kerana tidak dikenali. Namun, beliau berkata bahawa generasi muda boleh menggunakan kaedah Facebook, Twitter dan blogging untuk memperkenalkan diri.
Dengan tiada perubahan didalam Majlis Tertinggi UMNO, beliau bimbang jika UMNO tidak dapat lagi ahli-ahlinya dan orang-orang Melayu untuk terus menyokong UMNO.
Tambah Kadir, ada yang anggap tiada lagi perjuangan di dalam UMNO kerana parti berkenaan tidak terlantang tentang dasar-dasar tetapi apa yang ada hanyalah slogan.
“Kita tidak nampak mereka artikulasikan perjuangan mereka,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#Datuk A Kadir Jasin
#Pemilihan UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan