awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMP sedia SOP undang-undang banteras penggunaan ilmu sihir

Bernama
Bernama
13/03/2015
02:48 MYT
UMP sedia SOP undang-undang banteras penggunaan ilmu sihir
UMP melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir menyediakan SOP untuk memerangi penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan seharian. -etawau.com
Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan seharian.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Dr Mahyuddin Ismail berkata, garis panduan itu melibatkan kajian dalam tempoh dua tahun bermula Februari 2013 hingga Februari 2015 melalui percambahan fikiran gabungan individu daripada pelbagai latar belakang seperti pengamal perubatan Islam, ahli agama, Hakim dan pakar psikiatri.
"Pelaksanaan itu turut mendapat geran Program Pemindahan Ilmu sebanyak RM189,000 daripada Kementerian Pendidikan.
"Hasil kajian itu, setakat ini, peruntukan mengenai keterangan, cara pembuktian dan SOP dah ada cuma menunggu negeri mana yang akan mula mengambilnya bagi melaksanakan undang-undang tersebut.
"Setakat ini Brunei telah ambil (hasil kajian berkenaan) dan meminta untuk dilaksanakan di negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Bicara Alam Metafizik "Amalan Sihir Sebagai Satu Jenayah" di UMP di sini, hari ini.
Selain Brunei, Dr Mahyuddin berkata Selangor juga turut menyuarakan hasrat bagi mewujudkan undang-undang sihir berkenaan. Bagaimanapun hasrat itu hanya disampaikan secara lisan.
Katanya, untuk sesi penerangan mengenai kepentingan mewujudkan perundangan berkenaan juga telah dilakukan mulai tahun lepas melalui jerayawara di Sabah dan Sarawak.
Mahyuddin berkata, usaha itu akan diteruskan ke negeri-negeri Pantai Timur bagi peringkat kedua sebelum berakhir di negeri-negeri Pantai Barat, April depan.
Topic Berkaitan
#ilmu sihir
#Mahyuddin Ismail
#SOP
#UMP
#undang-undang sihir
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan