awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMPSA siasat dakwaan pelajar sebar hantaran sentuh isu 3R

Bernama
Bernama
25/02/2026
03:21 MYT
UMPSA siasat dakwaan pelajar sebar hantaran sentuh isu 3R
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga menjejaskan keharmonian awam.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga menjejaskan keharmonian awam.
UMPSA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024.
"UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian. Sentimen 3R ini tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.
'Warga UMPSA diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu berkaitan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMPSA
#3R
#hantaran
#kandungan media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan