awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi University of London

Bernama
Bernama
01/09/2024
06:15 MYT
UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi University of London
Kerja-kerja pendiskripsian yang memfokus kepada isi kandungan manuskrip sedang rancak dijalankan melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) UniSZA. - Gambar/ UniSZA
KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mendigitalkan 20 manuskrip Melayu koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London.
Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata ketika ini, kerja-kerja pendiskripsian yang memfokus kepada isi kandungan manuskrip sedang rancak dijalankan melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) UniSZA.
"UniSZA akan mendigitalkan kesemua manuskrip Melayu simpanan SOAS dalam tempoh yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penghasilan manuskrip itu hasil perjanjian persefahaman (MoU) kedua-dua pihak pada 10 Mei tahun lepas, menjadikan UniSZA sebagai universiti pertama di Malaysia terpilih menghasilkan manuskrip Melayu koleksi SOAS.
Dalam pada itu, Fadzli berkata selain pendigitalan koleksi manuskrip Melayu, UniSZA turut berhasrat meluaskan kerjasama dalam bidang manuskrip Islam pada masa depan.
"Selain menjadi universiti pertama membuat pendigitalan manuskrip Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga mengharapkan UniSZA muncul sebagai Pusat Rujukan Digital Melayu di peringkat nasional suatu hari nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#University of London
#manuskrip Melayu lama
#UniSZA
#kerja pendigital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan