awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti tempatan dalam ranking dunia

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2013
03:51 MYT
Universiti tempatan dalam ranking dunia
Kementerian Pengajian Tinggi menyangkal dakwaan kualiti pendidikan negara berada di kedudukan yang tidak memberansangkan. Dakwaan bertitik-tolak daripada ketiadaan universiti tempatan yang disenaraikan dalam 400 universiti terbaik dunia sebagaimana dikeluarkan ‘Times Higher Education World University Rankings 2012/2013’. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penarafan itu tidak melambangkan kejatuhan pencapaian universiti tempatan. Ini kerana penilaian yang dilakukan ‘Times Higher Education’ itu adalah berdasarkan nama dan populariti. Beliau sebelum itu hadir di Karnival Rakyat Kolej Komuniti Pasir Gudang di Stadium tertutup Pasir Gudang, Johor. Khaled dalam pada itu turut menyarankan kolej komuniti supaya mewujudkan kursus yang diminati masyarakat kaum Tiong Hua. Kata beliau ia penting bagi menarik minat kaum itu di mana rekod penglibatan mereka di kolej komuniti cuma 10 peratus sahaja.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#Kementerian Pengajian Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan