awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UOB Malaysia Kepong kembali beroperasi

Bernama
Bernama
24/09/2020
16:18 MYT
UOB Malaysia Kepong kembali beroperasi
UOB Malaysia Kepong telah kembali beroperasi setelah berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan. - Gambar media sosial
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) cawangan Kepong telah kembali beroperasi setelah berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.
Bank itu telah menutup sementara cawangan berkenaan, termasuk kemudahan perbankan layan diri untuk kerja pembersihan dan nyahkuman pada 22 dan 23 September 2020 berikutan pihak berkuasa kesihatan memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Sehubungan itu, usaha pengesanan kontak rapat telah dijalankan.
"Semua kakitangan dan pelanggan yang berhubung rapat dengan kakitangan yang terlibat di cawangan itu telah diuji dan dikuarantin," menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.
BACA: UOB Cawangan Kepong ditutup selepas kakitangan positif COVID-19
Bank berkenaan memberi jaminan kepada pelanggan dan kakitangannya bahawa langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan kerajaan akan terus dilaksanakan di semua premis UOB, termasuk semua cawangannya, bagi memastikan keselamatan orang ramai.
Ini termasuk menasihatkan semua kakitangan dan pelanggan UOB yang kurang sihat dan/atau yang perlu menjalani kuarantin untuk kekal di rumah sehingga langkah susulan selanjutnya daripada pihak berkuasa kesihatan.
Bank itu juga menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digitalnya, termasuk Perbankan Internet Peribadi UOB, Perbankan Internet Peribadi Plus UOB dan aplikasi mudah alih UOB Mighty.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kembali beroperasi
#positif COVID-19
#United Overseas Bank
#UOB
#UOB Kepong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan