awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha hantar pulang rakyat Palestin sedang diselaras - Fahmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/01/2025
09:22 MYT
Usaha hantar pulang rakyat Palestin sedang diselaras - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan sedang berbincang dan mengadakan koordinasi dengan kerajaan Mesir bagi urusan penghantaran pulang warga Palestin yang menerima rawatan di Malaysia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dalam masa yang sama, kebajikan kesemua mereka akan terus dipantau bagi memastikan mereka menerima rawatan perubatan seperti biasa.
"Ia melibatkan dan akan diselaraskan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, maka kita serah pada mereka untuk diselaras dan diuruskan.
"Perbincangan diteruskan, sama ada mereka akan dihantar pulang melalui Mesir atau melalui negara lain, ini akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam sidang media mingguan kementerian, pada Rabu.
Minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.
Seramai 127 orang awam Palestin tiba di Malaysia pada 16 Ogos tahun lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Malaysia
#Fahmi Fadzil
#Mesir
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan