awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha selamatkan Harimau Malaya antara pencapaian 100 hari KeTSA

Bernama
Bernama
03/12/2021
10:33 MYT
Usaha selamatkan Harimau Malaya antara pencapaian 100 hari KeTSA
Dalam majlis itu, Takiyuddin (kanan) dan Hamidin menyaksikan memorandum yang ditandatangani antara Perhilitan Semenanjung dengan FAM. - Foto: FAM
PETALING JAYA: Kempen Selamatkan Harimau Malaya adalah satu daripada pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata menerusi pencapaian tersebut, memorandum persefahaman ditandatangani antara kementeriannya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.
Beliau berkata memorandum itu bertujuan memastikan Harimau Malaya yang menjadi simbol jata negara dan sinonim dengan pasukan kebangsaan itu tidak pupus daripada habitatnya.
"Hasrat utama untuk memeterai memorandum persefahaman antara KeTSA dengan FAM bertujuan mengukuhkan usaha konservasi Harimau Malaya melalui kempen Selamatkan Harimau Malaya," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum itu di Wisma FAM hari ini.
Pada majlis itu, Takiyuddin dan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menyaksikan memorandum yang ditandatangani antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung dengan FAM.
Sementara itu, Hamidin dalam ucapannya berkata kerjasama strategik yang ditandatangani hari ini akan menggiatkan usaha menyelamatkan spesies Harimau Malaya yang kian pupus.
"Harimau Malaya menjadi simbol pada jata negara yang melambangkan keberanian, kegagahan dan kekuatan. Dalam bola sepak pula ia gelaran bagi skuad kebangsaan.
"Maka kita tidak mahu simbol kegagahan dan sumber inspirasi pasukan kebangsaan lenyap ditelan waktu," katanya.
Beliau berkata menerusi komitmen yang dimeterai hari ini, kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dalam konservasi mergastua dapat ditingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketsa
#FAM
#harimau Malaya
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan