awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Kazim dikejar ke hospital selepas mengadu sakit dada

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2016
15:34 MYT
Ustaz Kazim dikejar ke hospital selepas mengadu sakit dada
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Bachok.
Penceramah Popular, Datuk Kazim Ilias dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada.
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, malam ini.
Majlis ceramah perdana bertajuk 'Jihad Agro Makanan Negara' itu bermula jam 9.30 malam.
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Bachok malam ini. - Foto Astro AWANI
Sementara itu Bernama melaporkan Ustaz Kazim mengadu penat sebelum kejadian.
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Mohd Anuar Musardar Yusoff berkata Ustaz Kazim ketika itu baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton selepas berasa tidak sihat.
"Ustaz Kazim kemudian terus dibawa ke Klinik Kesihatan Jelawat untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM Kubang kerian bagi menerima rawatan lanjut.
"Setakat ini Mohd Kazim berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian. Kami harap beliau kembali pulih," katanya.
Topic Berkaitan
#Kazim Illias
#penceramah
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan