awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Saya baru keluar hospital, perlukan duit jalani rawatan' - Suami Azar Azmi rayu kurangkan jaminan
Axelsen umum persaraan, akhiri era dominasi badminton dunia
Ekonomi dunia berisiko ke ambang kemelesetan akibat konflik Iran – IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTeM antara lima universiti awam terbaik, bidang automotif pilihan 1,200 majikan

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
03:31 MYT
UTeM antara lima universiti awam terbaik, bidang automotif pilihan 1,200 majikan
Bidang pengajian Automotif di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan universiti awam negara berdasarkan penilaian melibatkan 1,200 majikan industri.
Bidang pengajian Automotif di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan universiti awam negara berdasarkan penilaian melibatkan 1,200 majikan industri.
Penilaian yang dijalankan oleh Talentbank itu turut menyaksikan bidang Automotif bersama tiga lagi bidang UTeM iaitu Keusahawanan, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Mekatronik menerima penarafan unggul “6-Star Employer Choice”.
Dalam masa sama, UTeM turut diiktiraf sebagai Universiti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terkemuka di Malaysia bagi aspek kebolehkerjaan siswazah.
Selain itu, universiti berkenaan juga menjadi pilihan utama majikan untuk pengambilan graduan secara berskala besar dalam bidang Komputeran dan Teknologi Maklumat, mencerminkan tahap kepercayaan tinggi industri terhadap kemahiran teknikal dan kompetensi graduannya.
Keseluruhan pencapaian tersebut, yang diumumkan menerusi Graduate Employability Index 2026 oleh Talentbank, sekali gus meletakkan UTeM dalam kelompok lima universiti awam terbaik di negara ini.
Naib Canselor UTeM, Massila Kamalrudin berkata, kejayaan itu adalah hasil strategi berkesan serta komitmen berterusan universiti dalam memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan kehendak industri.
“Ia bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri serta berfokus kepada pembangunan kemahiran praktikal dan insaniah pelajar,” katanya.
Beliau menambah, pengiktirafan tersebut mencerminkan kepercayaan tinggi pihak industri terhadap kualiti graduan UTeM, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan berasaskan industri yang dilaksanakan secara bersepadu.
“UTeM akan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan rakan industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran kerja semasa, malah mampu menjadi pemacu inovasi dan pembangunan negara,” katanya lagi.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam Majlis Employer Choice Award anjuran Talentbank di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
UTeM diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Sabri Mohamad Sharif bagi menerima piala dan sijil kecemerlangan tersebut.
Menurut beliau, aspek kemenjadian mahasiswa menjadi tonggak utama dalam ekosistem pendidikan universiti, dengan penekanan terhadap pembangunan holistik merangkumi kecemerlangan akademik, kemahiran insaniah serta nilai kepimpinan.
“Kemenjadian mahasiswa adalah teras dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi juga mempunyai jati diri, daya tahan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan keperluan industri dan cabaran global,” katanya.
Turut hadir meraikan kejayaan itu ialah Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal, Nadlene Razali serta Pengarah Pusat Pemerkasaan Pelajar, Alumni dan Kerjaya, Hazli Rafis Abdul Rahim.
Topic Berkaitan
#utem
#universiti awam terbaik
#bidang automotif
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan