awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian dedah cara nyamuk kesan manusia guna bau dan penglihatan
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTeM perkukuh reputasi global, catat lonjakan dalam QS World University Rankings

Naz Raseed
Naz Raseed
27/03/2026
03:23 MYT
UTeM perkukuh reputasi global, catat lonjakan dalam QS World University Rankings
Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTeM turut menunjukkan prestasi positif apabila berada dalam kelompok 401–450.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa apabila mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam dua bidang utama menerusi QS World University Rankings by Subject 2026 yang diumumkan baru-baru ini.
Antara pencapaian signifikan yang direkodkan ialah lonjakan bidang Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan ke kedudukan 351–400.
Selain itu, pencapaian menerusi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik turut menunjukkan prestasi positif apabila berada dalam kelompok 401–450.
Dalam pada itu, bidang Sains Komputer dan Sistem Maklumat pula kekal konsisten apabila mengekalkan kedudukan 651–700, sekali gus mencerminkan kestabilan kualiti akademik universiti berkenaan.
Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, pencapaian tersebut merupakan hasil komitmen berterusan universiti dalam memperkasa kecemerlangan pengajaran, penyelidikan dan inovasi.
“Pencapaian ini adalah manifestasi kepada usaha berterusan UTeM dalam meningkatkan kualiti akademik serta memperkukuh kedudukan sebagai institusi pendidikan teknikal terkemuka di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Beliau berkata, kejayaan itu didorong oleh strategi berfokus yang memberi penekanan kepada peningkatan kualiti penyelidikan, impak penerbitan akademik serta pengukuhan jaringan kolaborasi strategik bersama rakan industri dan institusi antarabangsa.
“Selain itu, dedikasi tenaga akademik yang pakar dalam memastikan kurikulum sentiasa relevan dan berdaya saing turut menjadi faktor utama kepada lonjakan penarafan ini,” ujarnya
Tambah beliau, pencapaian tersebut bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya pencapaian tersebut telah memberi impak besar dalam memperkukuh reputasi UTeM sebagai institusi pendidikan teknikal aras tinggi yang diyakini di peringkat antarabangsa.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan UTeM komited untuk terus mempergiatkan usaha dalam penyelidikan berimpak tinggi di samping memperluas jaringan kerjasama antarabangsa.
Jelasnya, langkah proaktif akan terus dilaksanakan bagi memperkasa bidang keutamaan strategik universiti, sekali gus memastikan kecemerlangan yang dicapai dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa hadapan.
Topic Berkaitan
#utem
#QS World University Rankings
#kejuruteraan mekanikal
#tenaga akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan