awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utusan khas Putin ramal krisis bahan api di EU, UK dalam tempoh 2-3 minggu

Bernama
Bernama
22/03/2026
06:15 MYT
Utusan khas Putin ramal krisis bahan api di EU, UK dalam tempoh 2-3 minggu
Dmitriev turut menyindir rakyat Eropah agar menyalahkan barisan kepimpinan EU apabila melihat kenaikan harga bahan api di stesen minyak. - Gambar fail

Ketua Eksekutif Russian Direct Investment Fund (RDIF) Kirill Dmitriev, yang juga wakil khas presiden Rusia bagi pelaburan dan kerjasama ekonomi dengan negara asing, meramalkan berlakunya krisis bahan api di Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) dalam tempoh dua hingga tiga minggu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Seperti yang dijangka, catuan bahan api bakal berlaku di UK dan EU,” kata Dmitriev di platform X. “Krisis akan menjadi jelas di UK/EU dalam 2-3 minggu. Hakikatnya memang pahit.”

Dmitriev turut menyindir rakyat Eropah agar menyalahkan barisan kepimpinan EU apabila melihat kenaikan harga bahan api di stesen minyak.

"Ingatlah mereka (pemimpin EU) di [stesen minyak]," kata Dmitriev, sambil berkongsi semula foto yang memaparkan, antara lain, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas.

Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula menyerang sasaran di Iran. Iran sedang melakukan serangan balas terhadap wilayah Israel, serta kemudahan tentera AS di rantau Asia Barat. Sementara itu, penghantaran melalui Selat Hormuz, laluan utama bagi bekalan minyak dan gas asli cecair dari Teluk Parsi ke pasaran global, telah terhenti secara berkesan. Akibatnya, harga bahan api sedang meningkat di kebanyakan negara.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Topic Berkaitan
#Rusia
#RDIF
#krisis bahan api
#EU
#United Kingdom
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan