awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Tidak patuh waktu janji temu punca kesesakan PPV

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/05/2021
04:13 MYT
Vaksin COVID-19: Tidak patuh waktu janji temu punca kesesakan PPV
Pihaknya mendapati ada yang datang dua atau tiga jam awal daripada waktu janji temu. - Astro AWANI
KANGAR: Tidak patuh waktu janji temu dikatakan punca berlaku kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan 2020, di Kangar.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, bagi tempoh seminggu ini, penerima vaksin di PPV terbahagi kepada tiga kategori iaitu penerima dos pertama daripada senarai aplikasi My Sejahtera, penerima dos kedua yang diberikan angka giliran yang berbeza dan penerima dos pertama daripada agensi lain.
Katanya, hasil maklumat terdapat individu penerima dos pertama dari senarai aplikasi MySejahtera sememangnya mengikut waktu ditetapkan, namun terdapat individu untuk mengambil suntikan kedua datang tidak mengikut waktu ditetapkan.
Jelas Azman, pihaknya mendapati ada yang datang dua atau tiga jam awal daripada waktu janji temu menyebabkan berlaku pertembungan dengan individu yang sudah ditetapkan janji temu pada waktu berkenaan.
"Jangan datang sehari awal ataupun datang lebih awal daripada waktu ditetapkan.
"Ada yang sepatutnya datang petang dia datang pagi, ada yang ditetapkan pada jam 10 pagi, dia datang pada jam 8 pagi.
"Jadi ini menjadikan keadaan agak sesak pada sesi pagi tu walau bagaimanapun kita cuba uruskan sebaik mungkin," katanya.
Azman berkata, pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengambil maklum isu dan aduan berkenaan dan sudah dibawa ke perbincangan bersama semua agensi berkaitan bagi penambahbaikan.
Tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) adalah meningkatkan kapasiti maksimum pemberian dos vaksin di Dewan 2020 kepada 1,400 sehari dan memberikan vaksin kepada mereka yang datang awal sebagai cara mengelakkan mereka daripada terus berkumpul.
"Pendaftaran di peringkat negeri Perlis ini telah mencecah angka 69,784 jadi yang akan kita unjurkan sebenarnya 188,200.
"Maknanya sekarang ini baru 37.08 peratus yang telah mendaftar tempoh untuk mendapatkan vaksinasi ini bermula daripada bulan Februari lalu sehingga bulan April tahun depan.
"Kita cuba untuk selesaikan proses vaksinasi di kawasan ini pada tahun ini juga," tambahnya.
Selain itu katanya, dua lagi PPV akan dibuka di Dewan Sri Melati, Beseri pada 24 Mei ini dan Dewan Warisan, Kangar pada 8 Jun.
Jelas beliau, berdasarkan maklumat dari JKN, terdapat hampir 100 individu yang tinggal di luar Perlis tetapi mendaftar untuk menerima vaksin di di negeri ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PPV
#Pusat Pemberian Vaksin
#Dewan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan