awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vandalisme boleh sebabkan kemalangan, kematian - Pengarah Bomba

Bernama
Bernama
21/07/2013
01:02 MYT
Vandalisme boleh sebabkan kemalangan, kematian - Pengarah Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan insiden seorang pelajar mati tersepit di lif sebuah pangsapuri di sini Rabu lepas ada kaitan dengan vandalisme.
Pengarahnya, Khiruddin Drahman berkata, "Kadangkala kita juga hadapi masalah yang serupa contohnya paip pemadam api untuk memadam kebakaran dirosakkan, terutamanya di flat-flat".
"Bila keadaan ini berlaku, tentunya ia akan melibatkan nyawa dan oleh kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu, kematian boleh terjadi," kata beliau kepada Bernama selepas mengagihkan 900 bungkus bubur lambuk kepada anggota bomba dan penyelamat Sungai Besi di sini hari ini.
Beliau berkata di sinilah timbulnya soal sikap dan ibu bapa harus memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjaga kemudahan awam untuk kebaikan bersama.
Khairul Amir Azri Lani, 11, pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangasaan Bandar Tasik Selatan maut selepas tersepit di lif Pangsapuri Perumahan Rakyat Desa Tun Razak Rabu lepas.
Khiruddin berkata antara perbuatan vandalisme yang sering berlaku di lif-lif perumahan adalah kencing dalam lif, menconteng dan merosakkan butang lif sehingga menyebabkan sistem elektronik lif tersebut lumpuh.
"Pihak bomba sendiri menerima kira-kira tiga hingga lima panggilan sehari mengenai orang ramai yang terperangkap di dalam lif," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#lif
#pangsapuri
#rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan