Venezuela maklum PBB jumlah rampasan dadah 2025 catat rekod tertinggi

Jumlah rampasan dadah pada 2025 adalah paras tertinggi dalam tempoh dua dekad. - Gambar hiasan
Venezuela merampas hampir 66 tan dadah pada 2025, meningkat 64.44 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mencatat rekod tertinggi, kata Penguasa Antidadah Kebangsaan Danny Ferrer kepada Suruhanjaya Dadah Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CND).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Dalam Negeri, Keadilan dan Keamanan Venezuela memaklumkan bahawa Ferrer menyampaikan perkara itu semasa sesi ke-69 CND yang berlangsung di Vienna, Austria.
Ferrer berkata jumlah rampasan dadah pada 2025 adalah paras tertinggi dalam tempoh dua dekad, hasil daripada dasar kerajaan Venezuela serta kerjasama dengan sekurang-kurangnya 11 negara.
Beliau berkata pengukuhan keupayaan pencegahan dan kawalan negara itu untuk menangani organisasi jenayah yang terlibat dalam penyeludupan dadah.
Mengenai usaha domestik menentang dadah, Ferrer berkata Venezuela juga mencatat kemajuan dalam mengurangkan permintaan dadah, dengan program pencegahan yang mencapai lebih 2.5 juta orang.
-- BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

