awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran ATM percaya kerajaan mampu tangani ancaman kumpulan Sulu di Sabah

Bernama
Bernama
30/07/2022
09:50 MYT
Veteran ATM percaya kerajaan mampu tangani ancaman kumpulan Sulu di Sabah
Sharuddin berkata, persatuan itu bersedia menyokong apa juga yang diputuskan pihak kerajaan bagi menangani ancaman itu. - Gambar fail
TAWAU: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) percaya kerajaan mampu mengambil langkah terbaik dalam menangani ancaman keselamatan di Sabah terutama melibatkan kumpulan Sulu.
Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata sebagai veteran tentera yang masih memegang tanggungjawab mempertahankan negara, persatuan itu juga bersedia menyokong apa juga yang diputuskan pihak kerajaan bagi menangani ancaman itu.
"Jadi kita selaku veteran mengharapkan kerajaan mencari penyelesaian terbaik, di pihak veteran saya sendiri terlatih mempertahankan negara dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 100 tahun veteran ATM anjuran PVATM Cawangan Tawau di sini hari ini.
Seorang bekas tentera Jumadil Abdu Rahman, 71, berkata peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berjaya mengukuhkan keselamatan di Sabah terutama Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Beliau berkata sejak ESSCom yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) beroperasi, banyak kejayaan telah diperoleh termasuk menggagalkan ancaman jenayah rentas sempadan.
"Kalau ESSCom tiada, tidak mustahil lebih banyak ancaman lain, keadaan sekarang lebih aman kerana kawalan keselamatan terbaik," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memperhebatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama kawasan perairan ESSZone dengan menambah kekuatan pasukan keselamatan yang bertugas serta menyediakan aset keselamatan yang terkini.
"Perairan ESSZone ini luas ambil contoh di perairan Wallace Bay, Sebatik hingga Kalabakan, banyak laluan tikus," katanya.
Dalam pada itu, beliau pihak luar jangan memandang enteng dengan membuat pelbagai tuntutan atau sengaja mewujudkan propaganda berkaitan keselamatan Sabah kerana negara memiliki pasukan keselamatan yang hebat.
"Kami veteran ATM masih kuat mengangkat senjata demi mempertahankan negara," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sulu
#Sabah
#PVATM
#ancaman keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan