awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Viaduct' Bukit Song di Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap lebih awal

Bernama
Bernama
18/08/2025
06:30 MYT
'Viaduct' Bukit Song di Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap lebih awal
Nanta melakukan tinjauan dan mendengar taklimat mengenai pembinaan jejambat yang terpaksa dilaksanakan berikutan keadaan tanah di kawasan berkenaan tidak sesuai untuk tambakan.
MIRI: Pembinaan viaduct atau jejambat Bukit Song sepanjang 300 meter di bawah Pakej WPC 11, Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dijangka siap lebih awal berbanding jadual, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ringkasan AI
  • Pembinaan viaduct Bukit Song sepanjang 300 meter dijangka siap lebih awal daripada jadual asal Oktober, berikutan keperluan pembinaan jejambat akibat keadaan tanah yang tidak sesuai untuk tambakan.
  • Pakej WPC 11 merupakan pakej terakhir dalam projek LPB Sarawak, dan penyempurnaan viaduct ini akan melengkapkan keseluruhan pembinaan lebuh raya untuk kegunaan rakyat Sarawak.
  • Kerja naik taraf jalan sepanjang 4.2 kilometer dan penukaran paip baharu turut dilaksanakan bagi menjamin bekalan air di Bandaraya Miri tidak terjejas, dengan pemantauan rapi oleh JKR Sarawak untuk memastikan kelancaran projek.

Semalam, beliau telah melakukan tinjauan dan mendengar taklimat mengenai pembinaan jejambat yang terpaksa dilaksanakan berikutan keadaan tanah di kawasan berkenaan tidak sesuai untuk tambakan.
Dalam satu catatan di Facebook, beliau berkata faktor itu telah menyebabkan berlaku sedikit kelewatan dalam keseluruhan pembinaan LPB Sarawak.
"Namun begitu, pembinaan viaduct ini yang sepatutnya dijadualkan siap pada Oktober, dijangka disempurnakan bulan depan. Ini sekali gus akan melengkapkan pembinaan lebuh raya ini sepenuhnya untuk kegunaan rakyat Sarawak," katanya.
Pakej WPC 11 adalah yang terakhir daripada 11 pakej pembinaan LPB Sarawak.
Beliau turut meninjau kerja-kerja naik taraf jalan sepanjang 4.2 kilometer serta penukaran paip baharu Sarawak Water Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai LAKU), yang dilaksanakan selepas berlakunya paip pecah sebelum kerja pembinaan bermula.
"Walaupun terdapat sedikit kelewatan, kerja tambahan ini wajar dilakukan bagi memastikan bekalan air di Bandaraya Miri tidak terjejas dan jalan yang dibina kelak tidak berisiko rosak pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi JKR Sarawak akan memastikan libat urus berterusan antara kumpulan projek dan kontraktor serta pemantauan rapi dilakukan secara berkala supaya projek berkenaan berjalan lancar dan siap mengikut jadual.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#Lebuhraya Pan Borneo
#Bukit Song
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan