awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video kait KP AKPS, akaun TikTok @Haily Only Official palsu

Bernama
Bernama
27/02/2026
02:51 MYT
Video kait KP AKPS, akaun TikTok @Haily Only Official palsu
AKPS menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau pihak yang didapati menggunakan nama, imej dan identiti Ketua Pengarah AKPS pada akaun media sosial yang tidak sah. - Foto fail/BERNAMA
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memaklumkan video tular dikaitkan dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan akaun TikTok @Haily Only Official adalah palsu.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, video itu dipercayai telah dimanipulasi menggunakan teknologi deepfake sekali gus mengelirukan orang ramai sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah ia kenyataan rasmi Mohd Shuhaily.
“AKPS turut mengesan terdapat beberapa akaun media sosial yang tidak dimiliki atau diiktiraf oleh Ketua Pengarah AKPS namun menggunakan nama, wajah dan video beliau bagi tujuan meraih publisiti serta keuntungan peribadi,” menurut kenyataan itu.
AKPS menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau pihak yang didapati menggunakan nama, imej dan identiti Ketua Pengarah AKPS pada akaun media sosial yang tidak sah.
“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa sebarang kompromi,” menurut kenyataan itu.
AKPS menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kandungan palsu dan sentiasa merujuk saluran rasmi agensi itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#video tular
#deep fake
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan