awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video nostalgia titah ucapan Aidilfitri Raja Muda Selangor raih perhatian rakyat

Bernama
Bernama
19/03/2026
04:34 MYT
Video nostalgia titah ucapan Aidilfitri Raja Muda Selangor raih perhatian rakyat
Video yang dimuat naik di platform media sosial rasmi baginda menggabungkan elemen tradisi dan nostalgia yang dekat di hati masyarakat. - Foto FB Raja Muda Selangor - RMS
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah tampil dengan pendekatan berbeza dalam titah ucapan bersempena dengan Aidilfitri tahun ini menerusi video berunsur nostalgia yang berjaya mencuri perhatian rakyat.
Pejabat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dalam kenyataan memaklumkan video itu, yang dimuat naik di platform media sosial rasmi baginda seperti Instagram, Facebook serta TikTok, menggabungkan elemen tradisi dan nostalgia yang dekat di hati masyarakat.
“Ia memaparkan keceriaan kanak-kanak, kenangan bermain basikal, suasana menyediakan juadah seperti lemang serta amalan ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan yang menjadi teras sambutan Aidilfitri.
“Penghasilan video ini jelas menunjukkan sentuhan kreatif yang teliti dan penuh penghayatan, dengan susunan visual yang harmoni serta penyampaian titah yang lembut, indah dan menyentuh perasaan,” menurut kenyataan itu.
Video berdurasi 1 minit 39 saat yang turut menampilkan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz itu menerima sambutan amat menggalakkan dengan ribuan tontonan, perkongsian dan komen positif daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan gembira, selain membanjiri ruangan komen dengan ucapan Selamat Hari Raya kepada Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini malah ada yang menyifatkan pasangan diraja itu sebagai mesra rakyat serta mencuit hati.
Menerusi titah itu, Tengku Amir Shah menyampaikan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor dengan disertai doa dan harapan agar ikatan silaturahim terus diperkukuh selain kesejahteraan sentiasa mengiringi setiap keluarga.
“Sambutan perayaan lebih bermakna dengan amalan santuni keluarga, saudara-mara dan rakan taulan serta bermaaf-maafan.
“Beta, Tengku Amir Shah bersama permaisuri hati Datin Paduka Seri Afzaa Fadini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Selangor, tidak kira di mana anda berada.
“Sampaikan salam beta dan keluarga kepada seluruh ahli keluarga anda dengan ucapan Selamat Hari Raya,” titah baginda.
Menurut kenyataan itu, pendekatan berkenaan bukan sahaja mencerminkan keprihatinan dan kehalusan budi Raja Muda Selangor malah memperlihatkan evolusi komunikasi institusi diraja yang lebih dekat serta relevan dengan rakyat khususnya generasi muda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#tengku amir shah
#ucapan
#hari raya
#Aidilfitri
#afzaa fadini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan