awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tarian gelek viral, Puteri UMNO Kota Bharu mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2016
04:04 MYT
Video tarian gelek viral, Puteri UMNO Kota Bharu mohon maaf
Video yang viral itu dikritik hebat oleh netizen - Sumber Foto YouTube/Din Turtle
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu Wan Salmiah Wan Abd Ghani memohon maaf berhubung video tarian gelek pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Puteri UMNO bahagian itu yang viral pada Sabtu.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Puteri UMNO Kelantan Marshela Ali menyifatkan tindakan memohon maaf itu menunjukkan Wan Salmiah berjiwa besar dengan mengakui kesilapan dan menerima teguran.
Jumaat lalu, tarian gelek tersebut dipersembahkan di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh dan Ketua Wanita Bahagian Kota Bharu, Madihah Abdul Aziz.
Dalam video yang tersebar di media sosial, kelihatan empat wanita bertudung lengkap dengan hiasan pinggul ala penari Arab menari penuh lenggok sambil diperhati oleh hadirin:
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkongsi gambar di laman Facebook rasminya yang memaparkan persembahan silat semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pasir Puteh pada Jumaat.
“Tidak salah kalau ada elemen untuk perkenal budaya warisan kita seperti zapin, ghazal, caklempong, berpantun, silat dan sebagainya (bukannya tarian gelek) agar tidak dilupa oleh orang muda,” pesan Ermieyati dalam kiriman Facebook itu:
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#Puteri UMNO
#Puteri UMNO gelek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan