awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular dakwa 'polis palsu' adalah serbuan sebenar polis

Bernama
Bernama
14/07/2021
00:29 MYT
Video tular dakwa 'polis palsu' adalah serbuan sebenar polis
Polis mengesahkan paparan dua rakaman video dakwaan 'polis palsu' yang melakukan pemeriksaan rumah, seperti tular dalam media sosial pada Selasa, adalah serbuan sebenar pihak polis mengesan suspek bagi membantu siasatan kes penipuan semalam.
SEREMBAN: Polis mengesahkan paparan dua rakaman video dakwaan 'polis palsu' yang melakukan pemeriksaan rumah, seperti tular dalam media sosial pada Selasa, adalah serbuan sebenar pihak polis mengesan suspek bagi membantu siasatan kes penipuan semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya mengesahkan siasatan itu dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang bertindak atas maklumat menerusi Op Pelican dalam kejadian kira-kira 11 malam.
Jelasnya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Nilai bersama anggota Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang telah pergi ke sebuah kediaman di Georgetown untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Pasukan pemeriksaan telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa kepada penghuni rumah dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang dikesan tiada di rumah itu.
"Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Jelasnya, tindakan pihak polis adalah berlandaskan peruntukan undang-undang berkuat kuasa serta peraturan-peraturan yang ditetapkan dan orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan fakta isu berkenaan.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 33.33 saat memaparkan dakwaan 'polis palsu' menjalankan pemeriksaan di sebuah kediaman di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis palsu
#siasatan kes penipuan
#polis sebenar
#Mohd Fazley Ab Rahman
#IPD Nilai
#video tular
#media sosial
#kad kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan