awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular peniaga cuci kuali guna air longkang bukan di Shah Alam - MBSA

Bernama
Bernama
09/10/2024
22:40 MYT
Video tular peniaga cuci kuali guna air longkang bukan di Shah Alam - MBSA
MBSA mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap para pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan mengikut Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007.
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan video tular memaparkan seorang peniaga membasuh kuali dipercayai menggunakan air longkang tidak berlaku di kawasan pentadbirannya.
MBSA dalam satu kenyataan semalam memaklumkan susulan itu, tindakan segera diambil dengan mengenal pasti lokasi gerai dan semakan mendapati gerai berkenaan bukan berada di bawah kawasan pentadbiran pihaknya.
“Pihak MBSA ingin menasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu kerana ia menjejaskan imej MBSA,” menurut kenyataan itu.
MBSA turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap para pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan mengikut Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007.
Orang ramai juga diminta mengemukakan aduan kepada pihak MBSA melalui sistem pengurusan aduan awam SISPA jika terdapat pengendali dan premis makanan yang tidak menjaga kebersihan.
Pada Selasa, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan seorang peniaga roti canai membasuh kuali dipercayai menggunakan air longkang sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#basuh kuali guna air longkang
#video tular
#peniaga roti canai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan