awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis buru suspek berkumpulan langgar, pukul dan aibkan mangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2018
11:00 MYT
Video tular: Polis buru suspek berkumpulan langgar, pukul dan aibkan mangsa
Video tersebut tular di laman sosial menerusi pengkongsian WhatsApp. - Foto: Sinar Harian
Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan seluarnya dilondehkan sehingga menampakkan seluar dalam tersebar di laman sosial sejak pagi ini.
Video berdurasi 34 saat itu dipercayai berlaku jam 1.30 pagi semalam di kawasan Bandar Country Homes.
Rakaman memaparkan aksi ganas seorang lelaki bertindak melanggar mangsa terbaring itu dengan motosikal pada perut mangsa sebelum menendang muka mangsa sebanyak beberapa kali.
Menurut keterangan video, insiden yang berlaku ke atas lelaki berkenaan merupakan perbuatan buli oleh sekumpulan lelaki.
"Mereka tetak, (mangsa) cedera parah dan dibogelkan kemudian diambil video.
"Sekurang-kurangnya 30 orang lelaki bersenjatakan parang dan besi telah tetak dan cederakan tangan, kepala serta belakang badan mangsa," menurut pihak yang menularkan video tersebut.
Pihak yang menularkan video berkenaan turut meminta pihak polis mengambil tindakan ke atas gejala gengsterisme di kawasan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Kita sedang siasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek telah dikesan dan usaha menangkap suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.
Topic Berkaitan
#Bandar Country Homes
#lelaki
#terbaring
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan