awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib

Bernama
Bernama
25/09/2023
13:00 MYT
Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Sasikala berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui. - Foto FB Polis Selangor
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui.
"Hasil semakan polis mendapati penjawat awam itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil semakan juga mendapati kejadian di dalam video itu adalah video lama yang telah ditularkan semula.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor telah membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu," katanya.
Sasikala berkata pihak polis ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya melibatkan PDRM Selangor serta akan mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pukul wanita
#kertas siasatan
#tatatertib
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan