awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian

Bernama
Bernama
13/04/2026
11:18 MYT
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Rakyat dinasihati supaya mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala, loya, leher kaku atau ruam berdarah. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Vietnam telah mengeluarkan amaran mengenai risiko wabak penyakit meningokokus apabila negara Asia Tenggara itu melaporkan 24 kes, termasuk empat kematian, dalam 14 minggu pertama tahun ini, menurut harian tempatan VnExpress pada Isnin, lapor Xinhua.
Kanak-kanak di bawah 15 tahun menyumbang 46 peratus daripada jumlah kes dalam tempoh tersebut.
Jumlah jangkitan meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut laporan itu.
Kementerian menasihati rakyat supaya mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala, loya, leher kaku atau ruam berdarah.
Pengesanan awal dan rawatan tepat pada masanya memainkan peranan penting dalam mencegah komplikasi teruk serta mengurangkan kematian, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#amaran
#wabak
#Meningokokus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan