awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam syor ASEAN galakkan peranan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara

Bernama
Bernama
03/08/2022
05:18 MYT
Vietnam syor ASEAN galakkan peranan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
Bui Thanh Son juga menggesa usaha mencari penyelesaian kepada pemeteraian protokol SEANWFZ. - Twitter@FMBuiThanhSon
PHNOM PENH: Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son pada Selasa mencadangkan ASEAN untuk menggalakkan peranan dan nilai Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) semasa berucap pada mesyuarat Suruhanjaya Perjanjian SEANWFZ di Phnom Penh, Kemboja.
Mesyuarat itu merupakan aktiviti pertama sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM-55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Son turut menekankan mengenai nilai perjanjian itu dalam berdasarkan situasi semasa yang tidak menentu, dengan menyatakan ASEAN seharusnya lebih banyak menyumbang terhadap usaha antarabangsa dalam memastikan keselamatan nuklear.
Beliau juga menggesa usaha mencari penyelesaian kepada pemeteraian protokol SEANWFZ.
Negara-negara peserta komited untuk mempercepatkan pelaksanaan perjanjian, mengakui pencapaian pelaksanaan Pelan Tindakan (POA) untuk Memperkukuh Pelaksanaan SEANWFZ, dan bersetuju melanjutkan pelan itu kepada 2022-2026.
Mereka menyambut baik kerjasama antara Rangkaian Badan Kawal Selia ASEAN mengenai Tenaga Atom (ASEANTOM) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam penyelidikan dan aplikasi teknologi nuklear untuk tujuan awam.
Para perwakilan juga bersetuju untuk mengukuhkan perundingan dan menggesa negara yang mempunyai senjata nuklear menandatangani protokol SEANWFZ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zon bebas senjata nuklear
#ASEAN
#menteri luar vietnam
#Bui Thanh Son
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan