awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Volvo bawa Drive-E ke enjin 3-silinder

Astro Publication
Astro Publication
17/12/2014
14:23 MYT
Volvo bawa Drive-E ke enjin 3-silinder
‘Downsizing’, atau pengecilan kapasiti enjin – untuk mencapai penggunaan bahan api lebih rendah serta mengurangkan kandungan gas mencemarkan di dalam lepasan ekzos – nampaknya menuju ke peringkat seterusnya. Semakin banyak pengeluar sedang mengusahakan enjin-enjin 3-silinder untuk menambah kepada konfigurasi 4-silinder yang sudah lama menjadi standard. Terbaharu adalah Volvo, dan kajian untuk enjin 3-silinder ini adalah rentetan daripada kejayaan di dalam menghasilkan enjin 4-silinder berteknologi Drive-E mereka.
Dengan bantuan pelaburan daripada syarikat induk Volvo Cars, Zhejiang Geely Holding Group, proses penyelidikan enjin ini sudah memasuki peringkat ujian prototaip.
Enjin ini juga direka untuk menepati keperluan CMA (Compact Modular Architecture) iaitu satu daripada dua platform utama yang akan digunakan Volvo (yang lain adalah SPA, ataupun Scalable Product Architecture). Platform CMA adalah lebih kecil walaupun begitu masih boleh digunakan untuk model-model sehingga saiz 60 Series Volvo (bermakna XC60/S60).
Enjin 3-silinder ini bukan sahaja juga menggunakan teknologi turbo yang termaju, tetapi akan menepati kehendak emisi Euro 7. Pihak syarikat mendakwa bahawa output boleh mencapai 180hp. Sepertimana juga enjin Drive-E 4-silinder sebelum ini, unit 3-silinder ini akan mempunyai fleksibiliti untuk dipadankan dengan aplikasi lain. Kami rumuskan bahawa ini bermaksud ia boleh berfungsi di dalam pakej hibrid petrol-elektrik.
Di samping itu, enjin ini juga boleh dipasang oleh pekerja-pekerja kilang yang turut sama memasang enjin 4-silinder Volvo, lantas memudahkan cara kerja dan pengeluaran yang lebih dinamik.
Topic Berkaitan
# CMA
# Drive-E
# platform
#Volvo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan