awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajah sugul Isa Samad ke Penjara Sungai Buloh

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2026
11:06 MYT
Wajah sugul Isa Samad ke Penjara Sungai Buloh
Mohd Isa dibawa oleh anggota polis ke Penjara Sungai Buloh kira-kira jam 3.25 petang selepas diperintahkan menjalani hukuman penjara enam tahun berikutan sabitan kes rasuahnya dikekalkan di Mahkamah Putrajaya. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Wajah sugul bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dirakam lensa kamera ketika kenderaan polis membawanya meninggalkan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, menuju ke Penjara Sungai Buloh.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad meninggalkan Mahkamah Persekutuan menuju ke Penjara Sungai Buloh, di mana beliau akan menjalani hukuman penjara selama enam tahun atas kes rasuah RM3 juta berkaitan pembelian hotel.
  • Mohd Isa, bekas Pengerusi Felda dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, 77 tahun itu, diarahkan menjalani hukuman selepas panel tiga hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini terkhilaf.
  • Keputusan hukuman penjara dan denda RM15.45 juta diperintahkan berjalan serentak, menjadikan Mohd Isa akan menyambut Ramadan dan Syawal di penjara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berusia 77 tahun itu dibawa keluar pada jam 3.25 petang menaiki kenderaan polis jenis Honda City dengan dikawal beberapa anggota.
Beliau sempat melambaikan tangan kepada jurugambar media yang menyapanya.
Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, serta anak-anak turut beredar sejurus bekas ahli politik berkenaan bertolak ke tirai besi.
Pada Selasa, Mohd Isa diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Persekutuan di sini atas sembilan kes rasuah berjumlah RM3 juta berhubung pembelian sebuah hotel.
Ini bermakna, bekas ahli politik berusia 77 tahun itu akan menyambut Ramadan dan Syawal di sebalik tirai besi.
Semasa prosiding, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Nordin Hassan mengarahkan Mohd Isa menjalani hukuman penjara selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu untuk mensabitkan semula responden atas kesalahan terbabit.
Ketika membaca keputusan sebulat suara, Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata, panel mendapati keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan bekas ahli politik itu adalah terkhilaf.
Katanya, selepas meneliti semua bukti, mahkamah mendapati penemuan hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disokong oleh bukti dan selaras dengan undang-undang.
Menurutnya, Mohd Isa selaku responden gagal menyangkal anggapan undang-undang di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, justeru rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.
Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu, manakala peguam M Athimulan dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat hadir mewakili responden.
Pada 3 Februari 2021, Mohd Isa dihukum penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas semua pertuduhan.
Bagaimanapun, semua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak, menjadikan tempoh pemenjaraan berkuat kuasa selama enam tahun.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah hukuman yang diterima oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad? A: Mohd Isa Abdul Samad diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas sembilan kes rasuah berjumlah RM3 juta.
  • Q: Siapakah yang memimpin panel tiga hakim yang mengarahkan Mohd Isa menjalani hukuman penjara? A: Panel tiga hakim yang memimpin adalah Datuk Nordin Hassan, bersama Hakim Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
  • Q: Apakah sebab panel tiga hakim memutuskan untuk membenarkan rayuan pendakwaan dan mensabitkan semula responden? A: Panel mendapati keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Mohd Isa adalah terkhilaf, dan mahkamah mendapati penemuan hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disokong oleh bukti dan selaras dengan undang-undang.
  • Q: Berapa tempoh pemenjaraan yang sebenarnya dijatuhkan kepada Mohd Isa Abdul Samad? A: Walaupun awalnya dihukum penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta, semua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak, menjadikan tempoh pemenjaraan sebanyak enam tahun.
  • Q: Apakah kesan hukuman penjara terhadap Mohd Isa Abdul Samad? A: Mohd Isa Abdul Samad akan menyambut Ramadan dan Syawal di sebalik tirai besi, bersama dengan isteri dan anak-anaknya yang telah beredar sejurus beliau bertolak ke penjara.

Topic Berkaitan
#Isa Samad ke Penjara Sungai Buloh
#bekas pengerusi Felda
#pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah
#pembeliah sebuah hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan