awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu musim panas bermula, Eropah cepat satu jam

Bernama
Bernama
29/03/2026
05:59 MYT
Waktu musim panas bermula, Eropah cepat satu jam
Matlamat perubahan itu adalah untuk menggunakan lebih baik cahaya siang pada hari-hari yang lebih pendek semasa musim sejuk di hemisfera utara. - Gambar hiasan

Waktu di majoriti negara Eropah dicepatkan satu jam lebih awal pada Ahad ketika benua itu beralih kepada waktu musim panas, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Jam di kebanyakan negara Eropah termasuk Jerman akan melangkau satu jam pada 2 pagi (0100 GMT) hingga 3 pagi, menandakan waktu petang yang lebih panjang dan hari yang lebih cerah.

Ini bermakna, untuk beberapa bulan akan datang, bahagian Eropah akan berada pada Waktu Musim Panas Eropah Tengah (CEST) sebelum beralih kembali ke Waktu Eropah Tengah (CET) pada musim luruh.

Matlamat perubahan itu adalah untuk menggunakan lebih baik cahaya siang pada hari-hari yang lebih pendek semasa musim sejuk di hemisfera utara.

Isyarat untuk penukaran automatik jam di Jerman adalah daripada Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) di bandar utara Braunschweig, juga dikenali sebagai Brunswick dalam bahasa Inggeris.

Pakar institut itu memastikan bahawa jam kawalan radio, jam stesen dan banyak jam industri dibekalkan dengan isyarat melalui pemancar gelombang panjang yang dipanggil DCF77 di Mainflingen berhampiran Frankfurt.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#eropah
#masa penjimatan waktu siang
#musim panas
#waktu eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan