awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit

Bernama
Bernama
03/01/2020
12:23 MYT
Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit
Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan. - Gambar fail
Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad.
Katanya, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov tahun lepas.
"Selaras dengan dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tambahnya, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
#Mohamad Yusof Ahmad
#Mufti Negeri Sembilan
#Negeri Sembilan
#takwim solat
#waktu solat subuh
#waktu subuh Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan