awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan bantu siasatan kes penemuan mayat bayi berulat

Bernama
Bernama
03/05/2019
03:28 MYT
Wanita ditahan bantu siasatan kes penemuan mayat bayi berulat
Hasil siasatan mendapati bayi yang dibuang itu hasil hubungan suspek dengan teman lelakinya. - Gambar hiasan
Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantina dalam keadaan berulat di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata tangkapan ke atas suspek yang juga seorang ibu tunggal dan memiliki tiga orang anak itu dilakukan sepasukan anggota polis malam tadi.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi yang dibuang itu hasil hubungan suspek dengan teman lelakinya.
"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah telah membuang bayi tersebut selepas melahirkannya di tempat kerjanya. Suspek mengaku telah membuang bayi tersebut kira-kira empat hari lepas.
"Terdahulu suspek telah mengalami tumpah darah dan melahirkan bayi tersebut di tempat kerjanya. Dia kemudian bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam beg plastik sebelum membuangnya di lokasi mayat tersebut ditemukan," katanya di sini hari ini.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah reman hari ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," kata Mohd Iqbal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#Langkawi
#mayat
#mayat berulat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan